HadiHanafee.com Kini PR1

by Hadi Hanafee on May 19, 2012

Alhamdulillah. HadiHanafee.com kini sudah berstatus PR1. Bagi yang baru pertama kali mendengar atau yang masih lagi samar-samar tentang PR, PR adalah satu terma singkatan kepada PageRank yang ditetapkan oleh pihak Google sebagai satu ukuran prestasi sesuatu laman web atau blog bergantung kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Google sendiri. Dalam kata mudah Google PR ibarat satu skor atau pangkat bagi penilaian sesuatu laman web atau blog. Nilaian PR bermula dari 0 hingga 10. Semakin tinggi nilai PR, semakin berkualitilah laman web atau blog tersebut.

Kemaskini Google PR

Anda boleh periksa PR laman web atau blog anda dengan memasukkan URL pada ruangan di bawah dan kemudian klik pada butang Check PR.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

Ini adalah kemaskini kedua Google PR bagi tahun 2012 selepas kemaskini pada bulan Februari yang lepas. Kemaskini PR akan datang dijangkakan pada sekitar akhir bulan September nanti.

P/s: Bagaimana dengan PR blog anda?

{ 0 comments }

Cabaran SEO Lelaki Kacak

by Hadi Hanafee on May 14, 2012

Terma SEO (Search Engine Optimization) dalam blog bukanlah asing lagi pada masa ini terutamanya kepada para blogger. Jika dilihat fenomena blog dulu dan sekarang boleh dikatakan blogger-blogger sekarang sudah pandai bermain dengan katakunci-katakunci tertentu untuk menarik trafik. Sememangnya itu tujuan SEO iaitu untuk menarik trafik dengan merebut kedudukan tertinggi dalam enjin carian terutamanya Google.

Sebut tentang SEO, satu cabaran SEO yang mendapat sambutan hangat sekarang ini adalah Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 yang mempertaruhkan katakunci ‘Lelaki Kacak‘ sebagai penentu pemenang yang berjaya mengungguli tempat teratas dalam enjin carian Google Malaysia. Berdasarkan kedudukan peserta dalam Cabaran SEO Lelaki Kacak ini bakal pemenang sudah boleh diagak berdasarkan tempoh masa yang lama blog tersebut berada di senarai teratas Google Malaysia dengan katakunci Lelaki Kacak. Apa yang membezakannya adalah kedudukan tempat yang dilihat saling berlumba-lumba dan naik turun antara satu sama lain.

SEO terbahagi kepada dua iaitu On-Page SEO dan juga Off-Page SEO. Baca Seterusnya

{ 0 comments }

Berkenalan Dengan Blogger Wanita Dari Perancis

April 28, 2012

Assalamualaikum. Semoga anda sihat selalu. Alhamdulillah kesihatan saya hari ini beransur baik daripada demam panas dan tekanan darah rendah sejak dua hari yang lepas. Tekanan darah rendah tu dah biasa kena, cuma demam panas ni baru pertama kali. Risau juga takut melarat sampai ke otak. Alhamdulillah, cuma panas badan dan lemah saja, kepala langsung tak [...]

Read the full article →

Nuffnang Perkenalkan Kod Iklan Baru Yang Lebih Ringan

April 25, 2012

Baru-baru ini Nuffnang telah menghantar email pemberitahuan kepada penerbit-penerbit iklan mereka di mana satu kod baru yang lebih ringan telah dikeluarkan. Kod iklan baru ini lebih ringan berbanding dengan kod iklan lama yang memakan masa loading lebih lama untuk blog tersebut. Boleh dikatakan kod iklan baru ini dioptimumkan tanpa menjejaskan blog penerbitnya (publisher). Kod iklan [...]

Read the full article →

Aplikasi Permainan Draw Something Dijual Dengan Harga USD180 Juta !!

April 1, 2012

Siapa pernah main permainan Draw Something? Draw Something adalah permainan melukis sosialiti yang boleh dimuatturun secara percuma ke peranti iOS dan android. Permainan ini menyokong peranti dari android 2.3+ dan iOS 4.0. Secara jujurnya saya belum lagi pernah main permainan ini tetapi daripada maklum balas rakan-rakan ianya satu permainan yang asyik dan menyeronokkan. Saya tidak [...]

Read the full article →

Cara Berkesan Buat Duit Dengan ChurpChurp

March 27, 2012

Rasanya tak perlu lagi nak perkenalkan apa itu ChurpChurp dan bagaimana cara untuk kita peroleh pendapatan sampingan melalui ChurpChurp ni. Sebagai makluman, ChurpChurp sekali lagi bertukar wajah pada minggu lepas dengan interface yang lebih ringkas dan ringan berbanding sebelum ini. Kepada yang masih lagi belum tahu apa itu ChurpChurp, berikut adalah penerangan ringkas yang diambil [...]

Read the full article →

The Billionaire Filem Thai Inspirasi Usahawan Muda

March 20, 2012

Saya baru selesai menonton filem The Billionaire semalam. Filem Thai yang berdurasi selama 2 jam ini adalah adaptasi daripada kisah benar seorang billionaire berbangsa Thai yang mula bergelar billionaire dalam usia yang sangat muda. Mengagumkan, beliau kini masih lagi berusia 26 tahun. Biografi Ringkas Nama beliau ialah Top Ittipat, seorang yang sangat gemarkan permainan atas [...]

Read the full article →

5 WordPress Mobile Theme Percuma

February 29, 2012

Zaman semakin canggih dan ramai di antara pengguna Internet kini inginkan pengalaman baru, mudah dan cepat untuk melayari Internet melalui smartphone masing-masing. Tawaran pelan Internet daripada pihak telco juga menjadikan aktiviti melayari Internet melalui smartphone lebih mudah. Tidak terkecuali juga bagi komuniti WordPress yang kini berusaha menghasilkan theme WordPress jenis mudah alih (mobile) yang ternyata [...]

Read the full article →

Upgrade Firmware Maxis Broadband Versi Terkini

February 17, 2012

Saya baru upgrade firmware Maxis Broadband Model E1552 saya kepada versi yang terkini. Secara jujurnya saya tak tahu pun apa versi firmware Maxis Broadband saya. Yang pastinya firmware broadband ni mungkin dah ada versi terbaru selepas saya mula melanggan Maxis Broadband 3GB awal tahun lepas. Apa kelebihan upgrade kepada firmware versi terbaru ni? Antaranya ialah [...]

Read the full article →

Kemaskini Google PageRank Januari 2012

February 9, 2012

Kemaskini Google PageRank (PR) baru saja dilepaskan bagi suku pertama tahun 2012. Nampaknya ramai blogger yang gembira dengan peningkatan PR blog masing-masing. Ada blog yang belum pun cukup setahun usianya tapi dah berjaya mendapatkan PR2. Tahniah diucapkan. Blog HadiHanafee.com masih lagi kekal PR0. Saya tak menjangkakan sebarang kenaikan PR dalam 6 bulan pertama ni memandangkan [...]

Read the full article →