Lama blog ni tak dikemaskini. Bukan tak ada info yang nak dikongsikan. Ada, memang ada tapi dalam bentuk draf. Draf entri dah agak banyak, cuma masih lagi belum lengkap. Penyebab utama kenapa blog baru ni dibiarkan bersawang ialah kerana kekangan masa. Inilah cabaran yang perlu dihadapi jika mempunyai lebih daripada satu blog. InsyaAllah saya akan cuba menguruskan masa untuk kemaskini setiap blog sebaik-baiknya.
Kebelakangan ini saya menghadapi masalah Internal Server Error pada blog personal saya. Dalam sehari paling kurang blog saya akan down sebanyak dua kali. Masa down paling singkat sekitar 5 hingga 10 minit, manakala masa down paling lama setakat ini selama 50 minit yang pernah dicatatkan oleh Pingdom.com. Masalah ini perlu dipandang serius supaya saya tidak mengalami kerugian trafik yang boleh menjejaskan CTR (Click Through Rate) dan impression di blog saya tersebut yang mana saya sedang mengalami kerugiannya sekarang. Definisi bagi Internal Server Error boleh baca di pautan ini.
Saya telah menghubungi pihak hosting dan mereka mencadangkan kepada saya untuk upgrade kepada premium hosting yang menyediakan kuota memory dan CPU lebih tinggi memandangkan peningkatan trafik yang agak mendadak kebelakangan ini ke laman blog saya tersebut. Bukan itu saja puncanya, beberapa blog saya yang lain juga berada di bawah hosting yang sama dengan blog tersebut. Inilah yang mengakibatkan penggunaan CPU dan memory di server mencapai tahap maksimum.
Memandangkan saya belum bercadang untuk membeli hosting yang lebih mahal, jadi saya cuba beberapa tips berikut untuk mengurangkan penggunaan memory resources dan CPU usage pada setiap blog saya, terutamanya Amirez (dot) com.
Tips Kurangkan Penggunaan Memory Resources dan CPU Usage
Berikut adalah 6 tips asas yang boleh dicuba untuk mengurangkan penggunaan memory resources dan CPU usage blog kita.
#1: Guna Plugin yang Diperlukan Sahaja
Penggunaan plugin bagi blog WordPress sememangnya sangat memudahkan kita. Tetapi, terlalu banyak plugin boleh mengakibatkan ruang hosting kita semakin mengecil. Jadi apa yang perlu dibuat ialah kurangkan penggunaan plugin dan kekalkan plugin yang dirasakan betul-betul perlu sahaja. Oh ye, jangan lupa update plugin tersebut kepada versi terkini.
#2: Gunakan Cache Plugin
Cache plugin berfungsi sebagai penyimpan data bagi blog kita. Dalam kata mudah, penggunaan cache plugin ini dapat mempercepatkan proses load sesuatu blog. Bermakna, segala data blog tidak dimuatturun secara terus dari server, sebaliknya ia load terus dari blog kita. Antara cache plugin yang selalu digunakan ialah W3 Total Cache, Hyper Cache Extended dan WP Super Cache.
#3: Delete Setiap Plugin yang Tidak Digunakan
Tidak ada gunanya menyimpan plugin-plugin yang tidak digunakan dalam blog kita. Daripada biarkan ianya dalam keadaan tidak aktif, adalah lebih baik simpankannya dalam folder khas pada komputer kita. Menyimpan plugin yang tidak aktif dalam blog hanya membebankan server kita.
#4: Gunakan Theme Ringan
Theme yang ringan selalunya direka dengan menggunakan fail php yang sedikit. Anda boleh check dalam folder theme yang anda gunakan. Theme yang ringan juga selalunya tidak menggunakan javascript yang terlalu banyak, dan biasanya rekaan theme yang ringan ini adalah ringkas dan tidak terlalu funky. Namun ada juga theme yang mempunyai banyak fail php tetapi masih lagi ringan untuk dilayari, bergantung kepada siapa pembangunnya. Dalam entri akan datang saya akan kongsikan beberapa tools yang boleh digunakan untuk buat analisis tentang blog anda.
#5: Optimize Setiap Javascript, CSS dan Database
Penting untuk kita optimize setiap javascript, css dan juga database pada blog kita supaya ianya tidak memakan lebih banyak ruang pada hosting kita. Antara plugin yang boleh digunakan ialah WP Optimize (untuk database), Better WordPress Minify (untuk javascript dan css). Plugin-plugin ini juga berfungsi untuk mempercepatkan proses loading blog anda.
#6: Menggunakan 3rd Party Hosting untuk Gambar, Audio dan Video
Adakah anda selalu upload gambar ke blog anda secara terus dari komputer? Jika anda menghadapi masalah ini, anda boleh menggunakan hosting daripada pihak ketiga seperti imageshack ataupun photobucket untuk gambar. Terdapat banyak hosting pihak ketiga yang boleh digunakan sama ada yang percuma ataupun berbayar. Anda boleh buat carian dengan menggunakan katakunci seperti “free image hosting”, “free audio hosting” ataupun “free file hosting”. Dapatkan pautan url fail tersebut kemudian paste pada ruang yang disediakan. Saya akan kongsikan tips ini dalam entri akan datang.
Diharap tips-tips ini dapat membantu anda.



{ 6 comments… read them below or add one }
Really great ways..
This will help many novice bloggers.
i hope so.
1 of my blog is now got this problem.
i can’t access to that blog’s dashboard for a long time.
maybe the problem is not only because of high memory resources.
currently i’m monitoring this problem with my hosting provider.
hope will solve soon
Salah satu faktor Memory Resources dan CPU Usage ialah trafik yang masuk ke blog kit. Dalam satu2 masa sekiranya trafik banyak masuk, masalah ni akan berlaku. Jadi aku sendiri dah gunakan VPS dan barulah aku terfikir, alangkah bagusnya kalau dulu aku guna blogspot..ha3
ye itu salah satu faktornya.
haha…itulah kelebihan blogspot compare dengan wp self-hosted. nak elakkan masalah ni selain daripada cuba perkara2 yang disebut kat atas kenalah upgrade hosting yang lebih besar. melabur untuk jangka masa panjang apa salahnya
Aku banyak guna 3rd party utk image host (photobucket) tapi bukan semua. Satu lagi cara, jangan gunakan parking domain @ subdomain di hosting yg sama kecuali guna VPS hosting.
betul tu. park domain juga boleh jadi salah satu puncanya. dah terasa sekarang ni