Promosi Blog Dengan Banner

by Hadi Hanafee on December 31, 2011

Blog yang baru dibangunkan (seperti blog ini…ehem) mestilah dipromosi untuk mendapat pelawat atau dalam bahasa blog disebut sebagai trafik supaya blog kita dikenali dan mencapai tujuan blog itu dibangunkan. Apalah gunanya membangunkan sesebuah blog yang visible kepada umum tetapi hanya untuk bacaan diri sendiri. Adalah lebih baik tetapkan blog tersebut kepada private dan jadikannya sebagai diari maya untuk diri sendiri.

Salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan trafik adalah dengan banner blog yang dipaparkan pada blog-blog lain dengan tujuan supaya banner kita mendapat perhatian daripada pelawat-pelawat blog tersebut. Saiz banner pula adalah bergantung kepada saiz yang ditetapkan oleh tuan empunya blog berkenaan, boleh jadi ianya bersaiz 125 x 125, 768 x 90 ataupun 300 x 300, mengikut kesesuaian tapak yang disediakan.

Sebut tentang banner, saudara WR ada menawarkan giveaway tapak banner secara percuma yang akan tamat pada 31 Disember 2012. Antara kelebihan melakukan promosi di blog beliau ialah:

  • Google PageRank: 2
  • Alexa Ranking: 234, 139 (ketika entri ini ditulis)
  • Anggaran Pelawat: Antara 30,000 hingga 100,000 sebulan

Sekiranya anda memerlukan blog anda untuk dipromosi, blog wrizuan.net adalah salah satu blog yang boleh dicuba, lagi-lagi ianya adalah percuma. Saiz banner yang ditetapkan oleh saudara Wan Rizuan adalah 125 x 125 px dan ianya hanya terhad kepada 6 tapak sahaja. Better hurry sebelum ruang tapak banner tersebut direbut orang ;)

{ 15 comments… read them below or add one }

farhan February 24, 2012 at 10:53 am

tak dpt masuk pun tapak banner secara percuma

Reply

Hadi Hanafee February 25, 2012 at 10:39 pm

dah lama tutup sebab dah cukup kuota tapak iklan :)

Reply

hatiputera January 18, 2012 at 4:35 pm

masih ada lagi ke promosi percuma tu sampai sekarang?

Reply

Hadi Hanafee January 19, 2012 at 1:27 pm

dah ditutup hatiputera. dah cukup kuota katanya. takpe, mungkin ada blogger lain yang buat perkara sama. boleh juga cuba di http://blog.amirez.com. dalam masa terdekat akan ada promosi banner percuma

Reply

Wira Chomel January 15, 2012 at 12:05 pm

alam perkenalan bro..sy blogger baru jgk..sila2lah tunjuk ajar ye..mane taw ade nak tanye pape nanti pasal blogging..

Wira Chomel recently posted Tutorial Origami Comel #1: Bagaimana Membuat Origami Katak Comel

Reply

Wira Chomel January 15, 2012 at 12:08 pm

*salam perkenalan..sori salah eja

Wira Chomel recently posted Tutorial Origami Comel #1: Bagaimana Membuat Origami Katak Comel

Reply

Hadi Hanafee January 19, 2012 at 1:25 pm

salam Wira Chomel. terima kasih sudi singgah ke sini. insyaAllah saya cuba kongsikan segala yang berkaitan dengan blog kat sini

Reply

Cikgu Hairul January 14, 2012 at 11:56 am

Kalau letak banner kat blog glamour mesti trafik masuk dengan kacaknya.

Reply

Hadi Hanafee January 19, 2012 at 1:24 pm

semestinya. itu satu strategi mencari trafik ;)

Reply

amirnawawi January 2, 2012 at 4:08 am

Alhamdulillah dah berjaya letak jugak banner kat sana.. :)

Reply

Hadi Hanafee January 2, 2012 at 2:25 pm

tahniah amir :)

Reply

ohcikgu January 2, 2012 at 12:40 am

kena buat entri. nanti ada masa..nak buat lahh..

Reply

Hadi Hanafee January 2, 2012 at 12:50 am

buat cikgu..jangan tak buat. peluang baik ni :)

Reply

Tuan Tanah December 31, 2011 at 11:23 pm

thanks bro..
ttp mana bannernyer dgn link :)

Reply

Hadi Hanafee January 1, 2012 at 3:25 pm

owh kena masukkan kat entri sekali ke? tak siap lagi ni hehe

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: