
Saya baru upgrade firmware Maxis Broadband Model E1552 saya kepada versi yang terkini. Secara jujurnya saya tak tahu pun apa versi firmware Maxis Broadband saya. Yang pastinya firmware broadband ni mungkin dah ada versi terbaru selepas saya mula melanggan Maxis Broadband 3GB awal tahun lepas.
Apa kelebihan upgrade kepada firmware versi terbaru ni? Antaranya ialah firmware versi sebelumnya mungkin kurang efektif untuk disuaikan dengan perkembangan teknologi aplikasi atau peranti tersebut. Banyak lagi kelebihan lain tapi maaflah saya kurang arif dalam hal ini. Lebih baik saya diam daripada memberitahu sesuatu yang mungkin tidak benar. Apa yang pasti upgrade kepada versi terbaru adalah lebih banyak kebaikannya daripada keburukannya. Keburukan? Ya, memang ada tapi jarang berlaku.
So, kepada yang nak upgrade firmware Maxis Broadband kepada versi terkini bolehlah ke laman web Maxis dan pilih model broadband anda. Download firmware dalam format .zip dan juga panduan menaiktaraf firmware dalam format .pdf yang telah disediakan dalam laman web yang sama. Ikut betul-betul langkah-langkah yang diajarkan dalam panduan tersebut. Pastikan anda extract dulu file firmware tadi sebelum mulakan langkah menaiktaraf.
Jika tak berjaya upgrade untuk kali pertama, sila cuba sekali lagi. Saya berjaya upgrade selepas dua kali mencuba.
Kebiasaannya dashboard Maxis Broadband berwarna biru. Bagi firmware versi terkini ianya berwarna hijau seperti dashboard saya ni:

Harapnya entri ini sedikit sebanyak dapat membantu anda
{ 4 comments… read them below or add one }
Aku tak suka sangat yang baru ni. Tiap kali nak reconnect mesti dpt error 720 dan tak boleh nak reset statistik data usage secara direct tanpa login (yang lama tak perlu login).
ye ke? setakat ni takde masalah pakai yang baru ni. tapi warna hijau ni nampak macam lama. biru lagi better rasanya
ada prnh mencuba maxis broadband nie tapi di kawasan saya tak berapa bagus…:)
kena tengok tempat juga. apa2 servis tetap ada pro n kontranya